Kata orang-orang tua kita, dalam hal rumahtangga dan nikah kahwin pun, para-para ulamak dulu, bila buat lawak pun mereka cuba kaitkan dengan Al-Quran. Itulah indahnya hidup yang dihiasi dengan peringatan dan pengajaran. Kisahnya lebih kurang begini.
Al-kisahnya seorang ustaz telah mengahwini seorang ustazah. Maka pada malam pertama mereka, berlakulah dialog berikut:
Ustazah : Betul ke U ni seorang ustaz?
Ustaz: Betul. I sememangnya lulusan dari Mesir.
Ustazah: Alhamdulillah, sudah lama saya berdoa agar ditemukan jodoh dengan seorang ustaz.
Sekarang perkara tersebut telah menjadi kenyataan.
Ustaz: I pun begitu juga kerana dapat mengahwini seorang ustazah.
(Jam didinding menunjukkan jam 12.00 malam. Ustaz memandang wajah isterinya dengan penuh pengertian. Malam pertama yang ditunggu, kini dilaluinya dengan penuh debaran. Kalau ikutkan hati, mahu diterkamnya isteri didepan mata...tapi hero selalu buat 'cool' dulu)
Ustazah: Ustaz, saya selama ini ada satu kemusykilan. Telah banyak para cerdik pandai yang
saya bertanya, tapi tak seorang pun dari mereka dapat memberi jawapan yang
memuaskan hati saya. Jadi, saya nak bertanyalah pada ustaz jika ustaz dapat
menjawab soalan atau kemusykilan saya ini. Boleh tak ustaz?
Ustaz : InsyaAlah, boleh. Tanyalah apa saja...I akan cuba jawab dengan sebaiknya.
Ustazah: Begini ustaz. Apa hukumnya meletakkan sesuatu di atas Al-Quran ?
Ustaz : Ooooo....tak boleh, haram. Mana boleh macam ni...mengikut hadith ini....( maka
berhujahlah ustaz dengan penuh semangat dengan membawa dalil al-Quran dan
Hadith. Ustaz le katakan. Hampir setengah jam ustaz memberi penerangan kepada
isterinya yang tercinta).
Ustazah: Ooo.. begitu. Saya ni seorang penghafal ALQuran. Jadi, saya ni dah umpama
Al-Quran, jadi...bagaimana sekarang ustaz?
( Lalu terloponglah ustaz mendengar kata-kata isterinya. Hukum telah jatuh. Haram meletakkan sesuatu atas Al-Quran. Jam didinding menunujukkan jam 1.00 tengah malam. Terkebil-kebillah ustaz memikirkan jawapan bagi soalan isterinya. Pada malam tersebut, mereka berdua tidur tanpa melalui episod yang sepatutnya dilalui oleh sepasang suami-isteri).
Keesokan malamnya, ustaz menunggu detik bersama dengan penuh semangat. Mana boleh ustaz dikalahkan dengan soalan isteri yang juga bertaraf ustazah. Jam didinding menunjukkan jam 11.00 malam.
Ustaz: I juga satu soalan. Selama ini I banyak bertanya pada ustazah, tapi jawapan mereka
tidak memuaskan hati saya. Soalannya, apakah hukummnya meletakkan al-Quran di
atas sebuah al-Quran yang lain?
Ustazah: Ooooo...itu tidak menjadi satu kesalahan. Harus sahaja meletakkan Al-Quran di atas
sebuah al-Quran yang lain.
Ustaz mendengar jawapan dari isterinya dengan penuh girang.
Ustaz: I ni juga seorang penghafal al-Quran. Bagaimana sekarang ?
Lalu mereka berdua melalui malam pertama dengan penuh nikmat dan keseronokkan.
Moral dari cerita di atas:
Orang dulu-dulu, buat joke pun dikaitkan dengan Al-Quran.
Kan indahnya hidup kalau berlaku demikian.....
Semoga terhibur.......
Thursday, October 1, 2009
Thursday, September 10, 2009
Mengejar Malam Lailatul Qadar
Selamat meneruskan puasa Ramadhan al-Mubarak. Carilah malam Lailatul Qadr di 10 hari yang terakhir ini. Beruntunglah mereka-mereka yang beramal sholeh dan mendapat Lailatul Qadr kerana ianya menyamai ibadah yang dilakukan lebih 1000 bulan (sekitar 83 tahun beberapa bulan). Fasa ke-3 ini (10 malam terakhir Ramadhan) dikatakan malam-malam yang genting kerana kebiasaan manusia semakin penghujung Ramadhan mereka mula leka dan lalai kerana tertarik atau disibukkan dengan persediaan menyambut 1 Syawal sedangkan tuntutan beribadah di sepanjang 10 malam terakhir itulah yang lebih penting dan syarat kepada pembebsan dari api neraka Allah. Mudah-mudahan kita tidak terleka atau tertarik dengan godaan Syawal yang sering mengamit terutamanya dipenghujung Ramadhan. Ya Allah.....bantulah daku dalam menhampirkan diri kepadaMu, sesungguhnya akulah hambaMu yang lemah dan sering terlupa.....
Monday, September 15, 2008
Terima Kasih Sahabat.....
Salam buat sahabatku...
Mata kadang-kadang salah melihat,
Mulut kadang-kadang salah berucap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Akal kadang-kadang salah mentafsir,
Dari itu,.....
Terima kasih sahabat kerna menegurku...
Kadang-kadang diri ini sering alpa...
Hanyut dalam mainan dunia...
Maafkan segala kekhilafan dan segala yang melukakan hatimu...
Semoga dikau tetap menjadi sahabatku yang setia...
Kerana sahabat yang baik...menunjuk jalan di kala sahabatnya tergelincir...
KepadaNya aku memohon keampunan....
Terima kasih sekali lagi
Sahabatku...
Mata kadang-kadang salah melihat,
Mulut kadang-kadang salah berucap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Akal kadang-kadang salah mentafsir,
Dari itu,.....
Terima kasih sahabat kerna menegurku...
Kadang-kadang diri ini sering alpa...
Hanyut dalam mainan dunia...
Maafkan segala kekhilafan dan segala yang melukakan hatimu...
Semoga dikau tetap menjadi sahabatku yang setia...
Kerana sahabat yang baik...menunjuk jalan di kala sahabatnya tergelincir...
KepadaNya aku memohon keampunan....
Terima kasih sekali lagi
Sahabatku...
Labels:
merci beaucoup
Tuesday, July 15, 2008
Jangan kita tertipu....
Sering kali dalam hidup, kita menghitung dan mengira....umur yang muda disangka masih jauh lagi..yang tua difikirkan masih bertenaga...kita mengira-gira bahawa hayat kita masih panjang sedangkan setiap detik yang berlalu menghampirkan kita kepada pertemuan denganNya. Kita masih mampu gelak ketawa, kita masih leka berbicara tanpa rasa alpa, kita sering menyibukkan diri dengan perkara yang kita sendiri tak tahu penghujungnya. Yang pasti saat itu pasti datang. Tak akan lewat walau sesaat. Bersediakah kita dengan saat yang gawat itu? Selamatkah kita dalam menghadapi saat yang sukar itu ? Yang aku pasti, diri ini masih belum bersedia kerana banyaknya dosa yang dibawa, andainya aku harus menemuiNya disaat ini....aku rasa neraka aje yang layak bagiku. Wahai yang Maha Esa, hanya padaMu aku memohon doa agar diriku senantiasa dibawah payungMu, biarpun aku tahu dosa terus membaluti diri ini......lembutkan hati ini agar patuh dan taat kepada suruhanMu dan hanya bergantung kepada rahmat dan keampunananMu.....
Monday, July 14, 2008
Antara Konsert dan Kuliah Agama....
Kata seorang ustaz, ada beza yang ketara antara menghadiri sebuah konsert dan satu kuliah Agama. Berikut adalah bezanya:
(i) Bila kuliah Agama, Ustaz tidak boleh bercakap lebih dari satu jam tetapi konsert kalau berhenti dalam tempoh sejam, orang akan marah dan mengamuk.
(ii) Bila Ustaz bercakap lebih daripada satu jam, ini yang akan terjadi:
- 30 minit pertama, orang pandang muka Ustaz,
- 30 minit kedua , orang mula pandang muka jam dan
- 30 minit berikutnya orang mula pandang pintu keluar, nak pilih pintu mana yang nak cabut...
Ya Allah...lemahnya iman kita diakhir zaman ini. Dahlah yang datang kuliah beberapa kerat aje dah tu yang dah masuk warga emas banyaknya. APakah golongan muda yakin kematian tidak menjemput mereka diumur sekarang ? Manusia sering kali tertipu....
Sunday, July 6, 2008
Pelajar Yang Cemerlang

Semasa dalam mensyuarat AJK PIBG baru-baru ini , cikgu Arni menceritakan pengalaman beliau semasa melawat sebuah sekolah cemerlang di Trengganu. Lalu diajukan soalan kepada cikgu disekolah berkenaan, "apakah rahsia melahirkan pelajar yang cemerlang?" Lalu, cikgu di sekolah berkenaan memaklumkan bahawa bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, ada 4 teras yang utama yang perlu ada : keluarga, masa rehat yang cukup, waktu bermain dan makanan.
Dalam mendidik anak-anak, ibubapa semestinya mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak. Mencium dan mendoakan mereka serta memberikan kasih sayang sepenuhnya. Berilah masa rehat yang cukup buat anak-anak. Kawal waktu tidur mereka agar mereka senantiasa segar dan bersedia. Berikan juga waktu bagi anak-anak untuk bermain. Sesetengah ibubapa sering menekankan tuisyen untuk anak-anak tanpa memberi waktu untuk mereka bermain. Ini boleh menimbulkan stress dan kebosanan. Akhir sekali, berilah anak-anak makan dengan makanan yang halal lagi berkat. Moga-moga panduan yang sedikit ini boleh membantu kita dalam melahirkan anak yang pintar, berkhidmat untuk Agama, masyarakat dan persekitarannya. Wallahualam....
Harta Yang Paling Berharga
Bagi seorang yang bergelar lelaki, tiada harta yang paling berharga di dunia fana ini kecuali mendapat seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah adalah harta yang paling berharga kerana ia menjadi teman dikala duka, senyumnya penyejuk mata, penawar hati dan penenang jiwa. Kalau kita mempunyai harta yang bertimbun, rumah yang besar, kereta mewah yang menjalar tetapi kalau isteri jahat, hilang kebahagi
aan. Sebab itulah bila seseorang lelaki yang ingin berumahtangga, diutamakan memilih mereka yang solehah dari memilih berdasarkan paras rupa, harta atau keturunan kerana dengan kesolehahannya rumah tangga yang dibina akan menjadi syurga buat anak-anak dan suami. Ya Allah, kurniakan daku seorang isteri yang solehah, yang menjaga kehormatan dan maruah diri serta keluarga demi mengharap redhaMu Ya Allah.....
aan. Sebab itulah bila seseorang lelaki yang ingin berumahtangga, diutamakan memilih mereka yang solehah dari memilih berdasarkan paras rupa, harta atau keturunan kerana dengan kesolehahannya rumah tangga yang dibina akan menjadi syurga buat anak-anak dan suami. Ya Allah, kurniakan daku seorang isteri yang solehah, yang menjaga kehormatan dan maruah diri serta keluarga demi mengharap redhaMu Ya Allah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
