Salam buat sahabatku...
Mata kadang-kadang salah melihat,
Mulut kadang-kadang salah berucap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Akal kadang-kadang salah mentafsir,
Dari itu,.....
Terima kasih sahabat kerna menegurku...
Kadang-kadang diri ini sering alpa...
Hanyut dalam mainan dunia...
Maafkan segala kekhilafan dan segala yang melukakan hatimu...
Semoga dikau tetap menjadi sahabatku yang setia...
Kerana sahabat yang baik...menunjuk jalan di kala sahabatnya tergelincir...
KepadaNya aku memohon keampunan....
Terima kasih sekali lagi
Sahabatku...
Monday, September 15, 2008
Tuesday, July 15, 2008
Jangan kita tertipu....
Sering kali dalam hidup, kita menghitung dan mengira....umur yang muda disangka masih jauh lagi..yang tua difikirkan masih bertenaga...kita mengira-gira bahawa hayat kita masih panjang sedangkan setiap detik yang berlalu menghampirkan kita kepada pertemuan denganNya. Kita masih mampu gelak ketawa, kita masih leka berbicara tanpa rasa alpa, kita sering menyibukkan diri dengan perkara yang kita sendiri tak tahu penghujungnya. Yang pasti saat itu pasti datang. Tak akan lewat walau sesaat. Bersediakah kita dengan saat yang gawat itu? Selamatkah kita dalam menghadapi saat yang sukar itu ? Yang aku pasti, diri ini masih belum bersedia kerana banyaknya dosa yang dibawa, andainya aku harus menemuiNya disaat ini....aku rasa neraka aje yang layak bagiku. Wahai yang Maha Esa, hanya padaMu aku memohon doa agar diriku senantiasa dibawah payungMu, biarpun aku tahu dosa terus membaluti diri ini......lembutkan hati ini agar patuh dan taat kepada suruhanMu dan hanya bergantung kepada rahmat dan keampunananMu.....
Monday, July 14, 2008
Antara Konsert dan Kuliah Agama....
Kata seorang ustaz, ada beza yang ketara antara menghadiri sebuah konsert dan satu kuliah Agama. Berikut adalah bezanya:
(i) Bila kuliah Agama, Ustaz tidak boleh bercakap lebih dari satu jam tetapi konsert kalau berhenti dalam tempoh sejam, orang akan marah dan mengamuk.
(ii) Bila Ustaz bercakap lebih daripada satu jam, ini yang akan terjadi:
- 30 minit pertama, orang pandang muka Ustaz,
- 30 minit kedua , orang mula pandang muka jam dan
- 30 minit berikutnya orang mula pandang pintu keluar, nak pilih pintu mana yang nak cabut...
Ya Allah...lemahnya iman kita diakhir zaman ini. Dahlah yang datang kuliah beberapa kerat aje dah tu yang dah masuk warga emas banyaknya. APakah golongan muda yakin kematian tidak menjemput mereka diumur sekarang ? Manusia sering kali tertipu....
Sunday, July 6, 2008
Pelajar Yang Cemerlang
Semasa dalam mensyuarat AJK PIBG baru-baru ini , cikgu Arni menceritakan pengalaman beliau semasa melawat sebuah sekolah cemerlang di Trengganu. Lalu diajukan soalan kepada cikgu disekolah berkenaan, "apakah rahsia melahirkan pelajar yang cemerlang?" Lalu, cikgu di sekolah berkenaan memaklumkan bahawa bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, ada 4 teras yang utama yang perlu ada : keluarga, masa rehat yang cukup, waktu bermain dan makanan.
Dalam mendidik anak-anak, ibubapa semestinya mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak. Mencium dan mendoakan mereka serta memberikan kasih sayang sepenuhnya. Berilah masa rehat yang cukup buat anak-anak. Kawal waktu tidur mereka agar mereka senantiasa segar dan bersedia. Berikan juga waktu bagi anak-anak untuk bermain. Sesetengah ibubapa sering menekankan tuisyen untuk anak-anak tanpa memberi waktu untuk mereka bermain. Ini boleh menimbulkan stress dan kebosanan. Akhir sekali, berilah anak-anak makan dengan makanan yang halal lagi berkat. Moga-moga panduan yang sedikit ini boleh membantu kita dalam melahirkan anak yang pintar, berkhidmat untuk Agama, masyarakat dan persekitarannya. Wallahualam....
Harta Yang Paling Berharga
Bagi seorang yang bergelar lelaki, tiada harta yang paling berharga di dunia fana ini kecuali mendapat seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah adalah harta yang paling berharga kerana ia menjadi teman dikala duka, senyumnya penyejuk mata, penawar hati dan penenang jiwa. Kalau kita mempunyai harta yang bertimbun, rumah yang besar, kereta mewah yang menjalar tetapi kalau isteri jahat, hilang kebahagiaan. Sebab itulah bila seseorang lelaki yang ingin berumahtangga, diutamakan memilih mereka yang solehah dari memilih berdasarkan paras rupa, harta atau keturunan kerana dengan kesolehahannya rumah tangga yang dibina akan menjadi syurga buat anak-anak dan suami. Ya Allah, kurniakan daku seorang isteri yang solehah, yang menjaga kehormatan dan maruah diri serta keluarga demi mengharap redhaMu Ya Allah.....
Berusahalah menjadi mukmin yang sejati
Diberitakan Anas bin Malik, khadam nabi yang banyak meriwayatkan hadis-hadis baginda Rasulullah S.A.W mempunyai umur yang panjang. Beliau sempat hidup dizaman Rasulullah, Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Omar, Saiyidina Othman, Saiyidina Ali dan beberapa khalifah selepasnya. Beliau pernah hidup dibawah sebuah pemerintahan yang zalim. Lalu beliau pernah ditanya oleh seseorang, apakah yang perlu dilakukan jika terjadi demikian ? Beliau menjawab ' berbanyaklah bersabar'. Katanya lagi sesungguhnya hari-hari yang mendatang, umat Islam akan berada dalam keadaan yang sukar. Hari ini menjadi lebih buruk dari hari semalam. Bila matinya seseorang yang alim, maka sukarnya mencari penganti yang mempunyai ilmu seumpamanya. Fitnah akan menjadi-jadi. Umat Islam akan dihina dimana-mana. Maka beruntunglah disaat dimana Islam dipinggirkan, masih ada yang kuat mengamalkan amalan yang mulia terutamanya menghidupkan sunnah nabi....oleh itu wahai sahabatku, marilah kita terus berusaha meningkatkan iman kita disamping menjadi seorang mukmin yang sejati...
Wednesday, July 2, 2008
Peranan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini
Seperti yang sedia kita maklum, telah diutuskan seramai 124,000 orang para nabi kepada kita. Dari jumlah itu 313 daripadanya bertaraf Rasul dan kita seharusnya wajib mengetahui 25 para Rasul. Antara 25 orang para Rasul itu, 5 daripadanya bertaraf Ulul-Azmi (yang banyak menghadapi dugaan & cabaran). Yang paling dicintai dan dikasihi Allah adalah junjungan nabi kita, Rasulullah S.A.W. Mereka telah menjalankan tugas mereka sebagai utusan Allah dan menyebarkan agamaNya dimuka bumi ini. Selepas mereka wafat, tugas kenabian/kerasulan ini telah disambung oleh para sahabat dan para ulama. Lalu, di zaman kita ini, siapakah yang akan memikul tanggung-jawab ini? Apakah kita mencari syurga Allah tanpa berjihad dijalanNya. Yang pasti, syurga Allah harus dibayar dengan harga yang mahal. Wahai sahabatku, marilah kita renungkan apakah dalam kehidupan ini kita telah berkorban atau memperuntukkan masa, tenaga dan wang kita untuk agama Allah ? Kalau belum.....kita masih jauh dari kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Oh alangkah masih jauh....
Thursday, June 26, 2008
Paris oh Paris
Paris oh Paris....Attends moi
Ini adalah gambar penulis semasa membuat lawatan kerja ke Paris pada November 2007. Paris...ibu negara Perancis yang terkenal dengan bangunan Tour Eiffel. Ibu kota yang terkenal dengan bangunan yang indah dan estetik. Penuh romantik dan segar....sesuai untuk destinasi bulan madu...Oh Paris..je t'aime beaucoup. J'espere qu'un jour j'y irai encore...peut-etre avec ma femme et mes enfants...attends moi.....
Thursday, June 19, 2008
Salam bahagia
Nak tahu la nak tulis apa...kadang-kadang tu boring giler...eh..mana boleh macam ni...tak elok tau....dah..nak buat macam mana. Tak kan nak pura-pura buat happy pulak...aku boring ni ada sebabnya....tak payahlah tanya kenapa...yang penting sejak kehadiranmu disini...aku merasakan seperti ada semangat baru untuk aku...betul lah kata orang...kadang-kadang tu...kita kena ceriakan hidup ini dengan something yang baru....within our limit and surrounding of course...
Tq for spending yr time to read this tah apa-apa artikel....senyum sorang ye ? Perasanlah tu...
Nota: Gambar aku bersama cikgu-cikgu kat Sabah semasa menjalankan penyelidikan dengan MDEC last year.
Kereta Idamanku....
Ini gambar aku kat bilik pameran Utama Peugeot kat kota PAris. Tengok model terbaru ni...meleleh juga air liur aku. Bohonglah aku kalau kata tak teringin kat kereta ni...tapi aku sedar siapa diriku...pujuk punya pujuk hati....dapat bergambar pun jadilah...mana tahu suatu hari nanti Puteri Raja mana ke jatuh cinta kat aku....masa tu aku bagi syarat...nak kahwin dengan aku boleh...tapi kena beli kereta ni dulu.....bukan aku ni jenis materialistik sangat...sikit-sikit aje...jange mare ye....gurau aje...
Subscribe to:
Posts (Atom)