Sunday, July 6, 2008

Pelajar Yang Cemerlang


Semasa dalam mensyuarat AJK PIBG baru-baru ini , cikgu Arni menceritakan pengalaman beliau semasa melawat sebuah sekolah cemerlang di Trengganu. Lalu diajukan soalan kepada cikgu disekolah berkenaan, "apakah rahsia melahirkan pelajar yang cemerlang?" Lalu, cikgu di sekolah berkenaan memaklumkan bahawa bagi melahirkan pelajar yang cemerlang, ada 4 teras yang utama yang perlu ada : keluarga, masa rehat yang cukup, waktu bermain dan makanan.

Dalam mendidik anak-anak, ibubapa semestinya mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak. Mencium dan mendoakan mereka serta memberikan kasih sayang sepenuhnya. Berilah masa rehat yang cukup buat anak-anak. Kawal waktu tidur mereka agar mereka senantiasa segar dan bersedia. Berikan juga waktu bagi anak-anak untuk bermain. Sesetengah ibubapa sering menekankan tuisyen untuk anak-anak tanpa memberi waktu untuk mereka bermain. Ini boleh menimbulkan stress dan kebosanan. Akhir sekali, berilah anak-anak makan dengan makanan yang halal lagi berkat. Moga-moga panduan yang sedikit ini boleh membantu kita dalam melahirkan anak yang pintar, berkhidmat untuk Agama, masyarakat dan persekitarannya. Wallahualam....

No comments: