Seperti yang sedia kita maklum, telah diutuskan seramai
124,000 orang para nabi kepada kita. Dari jumlah itu
313 daripadanya bertaraf Rasul dan kita seharusnya wajib mengetahui 25 para Rasul. Antara
25 orang para Rasul itu,
5 daripadanya bertaraf
Ulul-Azmi (yang banyak menghadapi dugaan & cabaran). Yang paling dicintai dan dikasihi Allah adalah junjungan nabi kita, Rasulullah S.A.W. Mereka telah menjalankan tugas mereka sebagai utusan Allah dan menyebarkan agamaNya dimuka bumi ini. Selepas mereka wafat, tugas kenabian/kerasulan ini telah disambung oleh para sahabat dan para ulama. Lalu, di zaman kita ini, siapakah yang akan memikul tanggung-jawab ini? Apakah kita mencari syurga Allah tanpa berjihad dijalanNya. Yang pasti, syurga Allah harus dibayar dengan harga yang mahal. Wahai sahabatku, marilah kita renungkan apakah dalam kehidupan ini kita telah berkorban atau memperuntukkan masa, tenaga dan wang kita untuk agama Allah ? Kalau belum.....kita masih jauh dari kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Oh alangkah masih jauh....
No comments:
Post a Comment